Friday, November 27, 2015

Sholat Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar

ADAKAH SOLAT KITA MENCEGAH KITA DARI PERKARA YANG KEJI & MUNGKAR?


Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Solat bisa mencegah dari kemungkaran jika solat tersebut dilakukan dalam bentuk sesempurna mungkin.
Mungkin kita dapati hati kita tidak berubah dan tidak benci pada perbuatan fahisyah (keji) atau mungkar setelah kita laksanakan solat atau keadaan kita tidak berubah menjadi lebih baik, mengapa demikian?


Itu boleh jadi kerana solat kita bukanlah solat yang dimaksud iaitu yang bisa mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Ingatlah bahawa firman Allah itu benar dan janji-Nya itu pasti iaitu solat itu memang bisa mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Sebenarnya, solat itu demikian ialah jika engkau bertekad untuk bermaksiat atau hatimu condong pada maksiat, lalu engkau lakukan solat, maka terhapuslah semua keinginan buruk tersebut.


Namun dengan syarat, solat itu adalah solat yang sempurna. Wajib kita meminta pada Allah agar kita diberi pertolongan untuk mendapat bentuk solat seperti itu. 


Marilah kita sempurnakan solat sesuai dengan kemampuan kita dengan memenuhi rukun, syarat, wajib, dan hal-hal yang menyempurnakan solat sehingga solat benar-benar menjadi perisai mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Sebahagian ulama salaf sampai berkata, jikalau solat yang kita lakukan tidak mencegah dari yang mungkar, bermakna kita semakin jauh dari Allah.


Nas-alullah al ‘afiyah, kita mohon pada Allah keselamatan kerana mungkin boleh jadi solat yang kita lakukan tidak sesuai seperti yang dituntut. 


Lihatlah para ulama salaf dahulu, ketika mereka masuk dalam solat mereka, mereka tidak merasakan lagi apa-apa, semua hal di fikiran disingkirkan kecuali hanya sibuk bermunajat dengan Allah Ta’ala.” (Syarh Riyadhis Sholihin, 5: 45-46).

Sumber : cahaya_islam

About Tantowi Jauhary

Pellentesque penatibus, sed rutrum viverra quisque pede, mauris commodo sodales enim porttitor. Magna convallis mi mollis, neque nostra mi vel volutpat lacinia, vitae blandit est, bibendum vel ut. Congue ultricies, libero velit amet magna erat. Orci in, eleifend venenatis lacus.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment

FOLLOW US @ INSTAGRAM